fbpx

Pekerja kilang maut, tiga Yamaha 135LC bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah motosikal Yamaha 135LC yang terlibat dalam kemalangan bersama dengan dua buah motosikal di Jalan Seri Menanti-Kayu Ara Pasong, di Pontian, awal pagi tadi.

PONTIAN – Seorang pekerja sebuah kilang di Pekan Nenas terbunuh manakala dua remaja parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal Yamaha 135LC di Kilometer 1, Jalan Seri Menanti-Kayu Ara Pasong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Idham Mohd Khair, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abd. Hamid Abdul Rahman berkata, dua remaja yang parah masing-masing berusia 18 dsn 19 tahun.

Menurutnya, ketika kejadian, Mohd. Idham menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Seri Menanti ke Kayu Ara Pasong.

“Manakala kedua-dua penunggang motosikal tersebut dari arah bertentangan.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Mohd Idham telah hilang kawalan lalu memasuki laluan sebelah kanan menyebabkan berlakunya pertembungan diantara mereka,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Hamid berkata, mayat mangsa serta remaja yang cedera dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI