JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan keadaan laluan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Bali sesak dengan pengunjung yang ingin mendapatkan anak patung Labubu, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Beachwalk Shopping Centre.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @denpasarviralcom orang ramai terutamanya kalangan pengumpul, beratur dari dalam hingga ke luar bangunan.
Ada antara mereka sanggup beratur pada awal pagi sambil membawa bekal, meskipun kedai masih belum dibuka.
Menurut laman web Beachwalk Shopping Centre, pembukaan premis Pop Mart pertama di Bali itu berlangsung semalam.
Rakaman itu mencatatkan lebih 349,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sanggup hadap sesak demi anak patung buruk,” kata seorang netizen. – AGENSI