MEKAH – Seorang jemaah haji dari Togo, Afrika melahirkan anak di Padang Arafah kelmarin, lapor portal berita The Islamic Information hari ini.
Bayi itu adalah yang pertama dilahirkan oleh seorang ibu semasa haji tahun ini.
Ibu dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat, berikutan rawatan yang diberikan oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.
Wanita itu adalah salah seorang daripada 2,443 jemaah antarabangsa dari 100 negara di bawah Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah, dan Ziarah.
Ia adalah tajaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.
Jemaah haji dalam program itu menetap di penginapan mereka di Padang Arafah dengan keselesaan dengan mendapat manfaat daripada perkhidmatan bersepadu, termasuk rawatan perubatan.
Kementerian itu telah menggembleng semua sumber yang ada dengan bekerjasama daripada agensi kerajaan lain untuk memastikan musim haji berjalan lancar. – AGENSI