fbpx

Ibu tipu alamat supaya anak belajar di sekolah prestij

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah sekolah di Singapura. - Foto Lianhe Zaobao

SINGAPURA – Seorang wanita berusia 41 tahun didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu mengenai alamat rumah bagi mendaftarkan anaknya di sebuah sekolah berprestij, lapor portal berita MSNews kelmarin.

Kesalahan tersebut berlaku semasa pendaftaran Darjah 1.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa antara Jun hingga September 2024, wanita itu mengelirukan pengetua dan naib pengetua dengan mendakwa dia tinggal di blok apartmen  berhampiran sekolah tersebut.

Wanita itu juga menyerahkan dua pengisytiharan pertukaran alamat palsu menyatakan dia telah berpindah ke unit kediaman lain  di bangunan flat yang sama.

Pengisytiharan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memenuhi kriteria keutamaan berasaskan jarak di bawah rangka kerja pendaftaran Darjah 1 Kementerian Pendidikan.

Rangka kerja tersebut memberi keutamaan kemasukan kepada kanak-kanak yang tinggal dalam lingkungan 1 kilometer dari sesebuah sekolah.

Wanita itu berdepan pertuduhan memberi maklumat palsu kepada penjawat awam, bersama dua pertuduhan tambahan di bawah Akta Pendaftaran Negara.

Tertuduh berhasrat mengaku bersalah dan tidak bercadang untuk mengupah peguam bela. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI