fbpx

Dua beregu negara kuasai puncak ranking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik dijangka bakal melonjakkan ranking di kedudukan kedua dunia biarpun terpaksa pulang awal di Terbuka Indonesia.

KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menyambut baik perkembangan sekiranya dua gandingan negara berada dalam kelompok dua ranking terbaik dunia.

Berdasarkan sistem perkiraan tidak rasmi, Juara Dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka memintas pasangan utama Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen untuk menduduki ranking kedua dunia.

Perkembangan itu sekaligus menyaksikan mereka bakal menyertai rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang kekal di takhta No. 1 dunia.

“Bagi saya ia sangat baik dan memang ada kemungkinan Aaron-Wooi Yik akan naik ke ranking kedua,” kata Herry ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Meskipun terkandas awal di pusingan pertama Terbuka Indonesia, Aaron-Wooi Yik mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim ini termasuk mara ke tiga final berturut-turut di Terbuka Thailand, Malaysia Masters dan Terbuka Singapura malah berjaya muncul juara di Bangkok dan Singapura.

Namun, Herry menjelaskan kekalahan mereka di Jakarta bukan berpunca daripada penurunan prestasi, sebaliknya faktor keletihan selepas bermain empat kejohanan berturut-turut tanpa rehat.

“Mereka sudah main maksimum dan tiga kejohanan sebelum ni mereka sampai ke final. Kemudian terus sambung main di Indonesia. Empat minggu berturut-turut. Kekalahan ini bukan sebab prestasi menurun, tapi disebabkan faktor kecergasan. Mereka perlukan rehat dan pemulihan fizikal,” katanya.

Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan muda Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-13, 19-21, 18-21 dalam aksi pembukaan pada Rabu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI