fbpx

CWC: Benfica idam lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STATUS Benfica sebagai ‘penguasa’ di Liga Portugal menyaksikan potensi mereka tidak boleh dipandang mudah pada saingan kali ini. - AFP

Oleh MUHAMMAD AFNAN FARIHIN SAMSURI

BENFICA bukan sahaja terkenal kerana kejayaan di atas padang, tetapi juga kerana memiliki jumlah penyokong yang luar biasa ramai, menjadikannya kelab dengan sokongan terbesar di Portugal.

Benfica merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Portugal dengan koleksi trofi utama yang mengagumkan apabila merangkul 38 kejuaraan Liga Primeira, 26 Taça de Portugal, dan lapan Taça da Liga yang belum dapat ditandingi mana-mana kelab lain di negara itu.

Di pentas antarabangsa, Benfica turut mencatat kejayaan gemilang apabila menjuarai Piala Eropah pada era 60-an sebanyak dua kali yang kini dikenali sebagai Liga Juara-Juara sekali gus mengukuhkan lagi status mereka sebagai kuasa besar bola sepak Eropah.

Mereka diundi dalam Kumpulan C bersama pasukan-pasukan dari latar belakang bola sepak yang sangat berbeza, termasuk gergasi Eropah, FC Bayern München dan wakil dari Oceania, Auckland City FC dan turut melengkapkan kumpulan adalah gergasi Argentina, Boca Juniors.

Pasukan yang dikenali sebagai As Águias (The Eagles) kini bergantung harap kepada ketajaman penyerang prolifik dari Greece, Vangelis Pavlidis yang telah mencatat 19 gol dan tujuh bantuan jaringan pada musim ini.

Benfica juga menampilkan barisan pemain yang berkualiti tinggi serta berpengalaman luas di pentas antarabangsa, antaranya Nicolás Otamendi yang pernah membantu Argentina menjuarai Piala Dunia dan Renato Sanches, pemain berbakat yang menjaringkan gol kemenangan dalam final Euro 2016 untuk memastikan kejuaraan bersejarah Portugal.

Pengalaman pengendali pasukan itu, Bruno Lage menjadi sandaran utama ketika beliau hanya memerlukan 100 perlawanan sahaja utuk memastikan Benfica merangkul tiga kejuaraan domestik.

Kemenangan Benfica dalam perlawanan akhir Taça da Liga pada awal bulan ini menandakan trofi domestik ke-84 dalam sejarah kelab tersebut sekali gus menjadi pembakar semangat untuk saingan di Piala Dunia Kelab biarpun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Benfica layak ke saingan Piala Dunia Kelab berdasarkan prestasi mereka layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA sepanjang tempoh tersebut.

INFO

KUMPULAN C

Pasukan: Benfica (Portugal)
Nama gelaran: As Águias
Jurulatih: Bruno Lage
Kapten: Nicolas Otamendi
Tiket kelayakan: Kedudukan 4 tahun UEFA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI