fbpx

Polis tegur penjenayah, ketiak busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pegawai polis itu menegur suspek untuk memakai deodoran. - TikTok

JAKARTA – Seorang pegawai polis di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dirakam menasihati seorang penjenayah yang ditangkap gara-gara tidak tahan dengan bau badannya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Manado, wilayah Sulawesi Utara baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jasrilsdb02 menunjukkan beberapa anggota polis menutup hidung mereka sambil menurunkan tingkap kereta. 

Salah seorang anggota kemudian menasihati suspek yang berada di tempat duduk belakang untuk memakai deodoran. 

“Sekurang-kurangnya pakai Rexona (deodoran), ketiak awak busuk,” kata polis itu di dalam video. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Tidak malu kah?” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI