SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku anggota penguat kuasanya yang didakwa meminta ‘duit kopi’ seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
“Siasatan berhubung dakwaan dalam video tersebut masih dijalankan,” katanya ringkas di sini, hari ini.
Terdahulu tular satu video di aplikasi TikTok berdurasi hampir dua minit yang memaparkan seorang individu mendakwa anggota MBSP menyalahgunakan kuasa di premis perniagaan milik rakannya.
Antara dakwaan serius yang dibangkitkan menerusi video terbabit adalah ugutan penguat kuasa terhadap pelanggan, meminta ‘duit kopi’, malah pernah menahan warga asing tanpa sebab yang jelas serta dikatakan turut menampar lelaki tempatan yang disangka warga asing.
Situasi terbabit dikatakan turut menyebabkan perniagaan di kawasan terbabit terjejas.
Pemilik akaun berkenaan juga mendakwa bahawa laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE