fbpx

‘Ibu mangsa meraung tak bagi orang rakam video’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video komen yang dimuat naik Dieya di akaun Facebook.

PETALING JAYA – Seorang wanita meminta orang ramai agar menurunkan semua video berkaitan kejadian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terjatuh dari tingkat 30 di sebuah kondominium, di Bukit Jalil, semalam.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Dieya Marissa berkata, dia merupakan salah seorang pekerja di bahagian pengurusan kondomonium terbabit.

Katanya, di dalam video tular tersebut, dirinya memakai baju putih dan berada tidak jauh dari bapa mangsa yang sedang meraung atas pemergian anaknya itu.

Ujar Dieya, dia terpaksa mengambil beberapa gambar ketika itu untuk membuat laporan kepada pihak pengurusan.

“Saya yang baju warna putih dalam video tu. Maaf saya terpaksa ambil gambar sebab saya (kerja) bahagian pengurusan pejabat untuk buat laporan.

“Tolong jangan sebarkan gambar atau video budak yang jatuh dari tingkat 30 tu. Admin tolong padam video ni. Mak arwah dah maklumkan tidak rela arwah anaknya diambil video dan gambar untuk disebarkan,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu Dieya juga meminta orang ramai menghormati keadaan keluarga yang masih sedih dan trauma atas pemergian anak lelaki mereka.

“Hormat ibu bapa mangsa masih dalam keadaan sedih dan trauma. Ibu mangsa meraung semalam tak bagi siapa-siapa rakam dan ambil gambar untuk disebarkan,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah kondominium, di Bukit Jalil.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.17 pagi menerusi panggilan kecemasan MERS 999.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI