fbpx

Hujan lebat di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak hingga pukul 3 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda di Sarawak sekitar kawasan Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sabah termasuk kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI