PETALING JAYA – Sebuah hantaran di platform TikTok milik @Ieda memaparkan tatacara pembelian tiket wayang di sebuah panggung di Terengganu yang agak unik dan berbeza berbanding panggung wayang lain di Malaysia.
Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa pihak panggung wayang di Terengganu menerapkan sistem pengasingan tempat duduk mengikut jantina dan kategori penonton, iaitu tempat duduk khusus untuk penonton lelaki, wanita, serta keluarga.
Wanita yang muncul dalam video itu kemudiannya memilih untuk membeli tiket bagi tempat duduk kategori keluarga menunjukkan pilihan yang tersedia untuk penonton yang datang bersama ahli keluarga.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi oleh netizen.
“Benda ni kena wajib ada dekat satu Malaysia sumpah,” @yyyum._
“Ada seat untuk penyu ke tu?” Seloroh @manwiththcap._
“Nak masuk tu tengok ic ‘or’ sijil nikah ke camne nak tahu ‘family’?” Soal @amaal.lis – KOSMO! ONLINE
@tnsts95Selagi boleh jaga kita jaga🥰