fbpx

Ustaz, pengamal perubatan Islam bantu jejak Gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIHATAN seorang individu yang dipercayai seorang ustaz tampil ke lokasi kejadian bagi membantu usaha menjejak Gemuk, remaja OKU yang masih belum ditemui sejak dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu peliharaan di Kampung Permatang PASIR. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

MELAKA – Ustaz dan pengamal perubatan Islam turut hadir menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, atau ‘Gemuk’ yang dilaporkan hilang di Kampung Permatang Pasir di sini.

Difahamkan individu terbabit hadir ke lokasi sebagai salah satu ikhtiar dilakukan susulan pencarian secara konvensional termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menemui sebarang petunjuk.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati ahli keluarga mangsa turut menghargai bantuan yang diberikan ekoran terdapat dakwaan bahawa dua kolam terbiar di kawasan hutan berkenaan dikatakan agak ‘keras’.

Salah seorang waris mangsa, Muhamad Hambali Jahaya, 25, berkata, mereka sekeluarga juga tidak menolak kemungkinan terdapat gangguan lain yang menyukarkan misi tersebut.

“Saya dah 25 tahun menjalani kehidupan di kawasan ini malah, orang tua-tua kampung pun ada pesan supaya jangan berada di kawasan ini selepas pukul 7 petang dan kami pun memang tak berani.

“Semalam pun bila abang saya azan kira-kira pukul 10 malam, lembu yang hilang tiba-tiba ada tengah kolam sedangkan kami dah lihat kolam terbabit sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Setakat ini operasi SAR masih diteruskan melibatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PDRM, pasukan K9 serta orang kampung masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI