fbpx

Trump haramkan kemasukan rakyat 12 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump memberi isyarat semasa beliau bercakap pada Sidang Kemuncak FII PRIORITY Miami 2025 di Miami Beach, Florida, 19 Februari lalu. - AFP

WASHINGTON – Presiden Do­nald Trump menandatangani dekri untuk meng­­haramkan rakyat dari sebilangan negara memasuki Amerika Syarikat (AS) kerana risiko keselamatan, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Sekatan penuh itu melibatkan rakyat 12 negara iaitu Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yemen.

Rakyat dari tujuh lagi negara pula di­kenakan sekatan separa termasuk Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela.

Pengecualian diberikan kepada pemastautin tetap yang sah, pemegang visa sedia ada, kategori visa tertentu dan individu yang kemasukannya memenuhi kepentingan negara AS.

Trump membuat penilaian terakhir untuk menandatangani pengisytiharan itu selepas serangan disifatkan anti-Semitik di Boulder, Colorado, demikian menurut pegawai White House.

“Presiden Trump memenuhi janjinya untuk melindungi rakyat Amerika daripada orang asing berbahaya yang ingin datang ke negara kita dan menyebabkan kita dalam bahaya,” kata Timbalan Setiausaha akhbar White House, Abigail Jackson.

Trump berkata dalam rakaman video yang disiarkan kelma­rin bahawa senarai negara baharu boleh ditambah kepada larangan perjalanan tersebut ke­rana ancaman seterusnya muncul di seluruh dunia.

“Senarai negara baharu boleh ditambah apabila ancaman muncul di seluruh dunia. Kami tidak akan membenarkan orang yang ingin membahayakan kami memasuki negara ini. Tiada apa yang akan menghalang kami daripada menjaga keselamatan Amerika,” katanya.

Proklamasi itu berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan) pagi pada 9 Jun ini. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI