fbpx

Tak sentuh ‘fast food’, tapi perut makin ke depan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – ‘Perut buncit tak semestinya datang dari makanan berlemak.

Demikian peringatan daripada Public Health Malaysia (PHM) kepada orang ramai terutama individu yang gemar mengambil makanan segera dan tidak berkhasiat.

Menerusi perkongsian di Facebook, antara faktor yang menyebabkan perut buncit adalah kerana tabiat makan dengan laju dan menyebabkan lemak terkumpul dalam badan.

“Tabiat makan laju buat kita makan lebih banyak sebelum otak sempat sedar yang kita dah kenyang.

“Itu yang menyebabkan lemak terkumpul, bukan sekadar angin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

PHM turut menegaskan orang ramai agar berwaspada dalam setiap pengambilan makanan yang dipilih agar tidak mudah terpedaya dengan makanan yang terlihat kurang bahaya.

“Lebih mengejutkan, teh tarik yang ‘nampak biasa’ tu kadang lebih tinggi gula dari sepinggan nasi goreng. Dan kalau kita minum hari-hari?” ujarnya.

Tambahnya, hormon kortisol yang dikeluarkan ketika mengalami tekanan juga cenderung menyebabkan lemak terkumpul di bahagian perut sekali gus menimbulkan masalah perut buncit.

Dalam pada itu, pihak PHM juga mengingatkan orang ramai supaya mengawal waktu tidur selepas makan kerana ia juga salah satu sebab yang dapat menyumbang kepada perut buncit.

“Kurang tidur juga boleh buat badan simpan lemak macam kita baru lepas makan besar padahal cuma tak cukup rehat,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI