fbpx

Planet ‘super Bumi’ ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARAN artis planet Kepler-725c. - Foto GU Shenghong

BEIJING – Pasukan saintis Akademi Sains China di Beijing menemui petunjuk jelas bahawa ada hidupan lain di alam semesta selain manusia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mereka menemui planet ‘super Bumi’ pada jarak  2,400 tahun cahaya di mana kehidupan biologi boleh berkembang maju. 

Dikenali sebagai Kepler-725c, dunia jauh itu mempunyai 10 kali ganda jisim Bumi. 

Menariknya, Kepler-725c terletak di zon boleh dihuni kerana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk untuk membolehkan kewujudan air. 

Planet itu berkemungkinan besar mempunyai air di permukaannya sekali gus petunjuk jelas kewujudan kehidupan berasaskan karbon seperti yang terdapat di Bumi. 

Satu tahun di Kepler-725c adalah bersamaan  207.5 hari, lebih pendek berbanding di Bumi.

Planet itu ditemukan dengan menggunakan kaedah pintar ‘Transit Timing Variation (TTV)’ berdasarkan pengiraan oleh teleskop angkasa lepas Kepler. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI