fbpx

Peniaga rugi RM47,000 diperdaya ‘teman lelaki’ OMI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BESUT – Gara-gara terjebak dengan cinta maya, seorang peniaga wanita berputih mata kerugian RM47,000 akibat diperdaya oleh ‘teman lelakinya’.

Wanita berusia 34 tahun itu yang menyedari tertipu membuat laporan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa mendakwa mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi perkenalan, OMI pada kira-kira enam bulan lalu.

“Mangsa mendakwa terperdaya dengan suspek yang sering membuat helah untuk meminjam wang. Dia yang akur telah menyerahkan wang keseluruhan RM47,000 secara berperingkat sepanjang tempoh tersebut,” katanya di sini hari ini.

Azamuddin berkata, peniaga terbabit menyerahkan wang kepada suspek dalam 43 transaksi menerusi dalam talian ke dalam tiga akaun bank. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI