fbpx

MCMC pantau jualan vape, rokok elektronik dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar pasca mingguan kabinet di Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terus membuat pemantauan melibatkan jualan produk rokok eletronik termasuk vape yang menggunakan platform media sosial seperti Facebook.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, susulan itu, MCMC akan menyiapkan satu laporan berhubung perkara tersebut dan seterusnya dibentangkan kepada Kabinet untuk perbincangan lanjut.

“Saya mengarahkan MCMC untuk meneliti jualan produk-produk seperti itu secara dalam talian.

“Kita dapati banyak daripada jualan itu juga berlaku dalam platform seperti Facebook, ada juga yang dijual melalui WhatsApp dan sudah pasti sebarang tindakan penguatkuasaan juga akan melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Sementara itu, ketika ditanya adakah kerajaan akan membuat pindaaan akta berhubung rokok elektronik, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata,perkara itu akan diteliti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Hal ini (isu vape) ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan Menteri Kesihatan akan meneliti,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kerajaan negeri boleh mengambil tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape yang kini menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik baharu.

Katanya, perkara itu semakin membimbangkan apabila terdapat pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dikesan menggunakan vape mengandungi bahan dicampur dadah.

Beliau berkata, terdapat negeri telah mengambil inisiatif mengharamkan penjualan vape yang membawa impak positif dan kerajaan negeri lain disaran mengikut jejak sama sementara menunggu kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI