fbpx

‘Kereta kebal’ Harimau Malaya kalah sekali di La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCES bakal memainkan peranan penting memastikan tembok pertahanan Harimau Malaya kebal menentang Vietnam nanti. - MALAYSIA NT

KUALA LUMPUR – Pertahanan baharu Harimau Malaya, Facundo Garces menjadi pemain paling tepat untuk membawa definisi ‘gred A’ selepas Harimau Malaya mengesahkan dia layak untuk menyarung jersi kebangsaan bagi aksi bertemu Vietnam nanti.

Situasi ini kerana Garces yang dilahirkan di Santa Fe, Argentina masih lagi dianggap muda bagi seorang pemain profesional kerana baru berusia 26 tahun dan beraksi di La Liga, Sepanyol yang dianggap antara tiga liga terbaik dunia.

Umurnya hampir sama ketika seorang lagi pemain warisan gred A, Dion Cools menyarung jersi negara buat kali pertama pada usia 25 tahun.

Kehadirannya pastinya mampu memastikan benteng pertahanan Harimau Malaya kebal dan sukar dirobohkan oleh Vietnam menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun ini.

Kelebihan utama Garces adalah daripada aspek fizikal yang dianggap cukup ampuh dengan ketinggian 1.88 meter bagi seorang pemain yang beraksi di posisi pertahanan tengah.

GARCES (kiri) bersaing merebut bola dengan penyerang Atletico, Alexander Sorloth dalam aksi La Liga pada 3 Mei lalu. – AFP

Malah, Garces juga pernah menjadi sandaran utama bekas kelabnya, Colon di Liga Argentina selepas membuat 116 penampian sejak 2020 sebelum berhijrah ke Alaves secara rasmi awal tahun ini.

Sepanjang musim ini, Garces yang menyarung jersi No. 2 di Alaves diberikan kepercayaan beraksi 10 perlawanan La Liga termasuk bermain 90 minit penuh dalam tujuh aksi liga terakhir.

Antara pasukan dihadapinya ketika itu seperti Sevilla, Real Sociedad, Atletico Madrid, Athletic Bilbao, Valencia, Real Valladolid dan Osasuna.

Kehadiran Garces memberikan nilai tambah kepada Alaves yang hanya tewas satu daripada tujuh perlawanan terakhir itu, 0-1 kepada Athletic dengan baki berkesudahan tiga menang dan tiga keputusan seri. 

Menariknya, Garces juga tidak kalah dalam tiga perlawanan sebelum itu ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dan secara keseluruhannya dia hanya tewas sekali di atas padang bersama Alaves. – KOSMO! ONLINE

PROFIL

Nama penuh: Facundo Tomas Garces

Umur: 26 tahun

Tarikh lahir: 5 Jun 1999

Tempat lahir: Santa Fe, Argentina

Ketinggian: 1.88 meter

Posisi: Pertahanan tengah

Kelab semasa: Deportivo Alaves (Sepanyol)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI