HULU TERENGGANU – Seorang kanak-kanak dari Kampung Pasir Dula, Basung di sini mempunyai daya ingatan luar biasa apabila bukan sahaja mampu mengenal nama, malah bendera hampir semua 195 negara di dunia ini. Bukan itu sahaja, Muhammad Umar Ziqri Mohd. Khairul Azuan, 8, juga mampu menghafal kedudukan negara tersebut mengikut benua termasuk nama pemimpin utamanya. Ibunya, Zuliyani Yunus, 38, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu mula menunjukkan kecenderungan meminati geografi dan kenegaraan sewaktu berusia enam tahun. “Umar yang merupakan murid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

