fbpx

Beli kereta dapat lembu korban percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDULKAREEM menerima 'hadiah' seekor lembu daripada Abidin Dulkanon. - Foto AEC TV Online

BANGKOK – Pemilik sebuah kedai menjual kereta terpakai di Yala melancarkan promosi unik dengan menawarkan seekor lembu bagi pembelian kereta sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Abidin Dulkanon yang merupakan pemilik kedai Kereta Terpakai Bangmod yang terletak di daerah Mueang, menyerahkan seekor lembu besar kepada Abdulkareem Sameoh dari mukim Khlong Maning, daerah Mueang, wilayah Pattani.

Abdulkareem merupakan pemenang bertuah acara istimewa yang diadakan oleh penjual kereta itu.

Promosi itu dinamakan ‘Beli Kereta, Dapat Lembu’ untuk tahun kedua berturut-turut bertepatan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Sabtu ini.

Abdulkareem membeli sebuah kereta terpakai pada harga 700,000 baht (RM91,000), dengan bayaran pendahuluan 129 baht (RM17) dan merupakan antara mereka yang menyertai cabutan bertuah itu.

Abdulkareem melahirkan rasa terkejut dan gembira apabila menang seekor lembu.

Dia merancang untuk menyembelih lembu itu sempena Hari Raya Aidiladha dan mengagihkan daging korban kepada mereka yang memerlukan, lapor portal berita KhaoSod. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI