fbpx

Amerika dikecam veto resolusi gencatan senjata Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUTA AS ke PBB, Dorothy Shea bercakap semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di Bandar Raya New York semalam. – AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB mengecam Amerika Syarikat(AS) kerana menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan resolusi pelaksanaan gencatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa sekatan di Semenanjuang Gaza.

Sesi pengundian semalam adalah yang pertama oleh majlis 15 anggota itu melibatkan  situasi Gaza sejak November 2024, apabila AS selaku sekutu rapat Israel, menyekat resolusi menyeru untuk menghentikan pertempuran.

“Amerika Syarikat akan terus berdiri bersama Israel di PBB,” kata Setiausaha Negara, Marco Rubio dalam satu kenyataan selepas undian 14-1.

Draf resolusi Majlis Keselamatan menuntut ‘gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di Gaza.’ 

Ia juga menyeru ‘pembebasan serta-merta, bermaruah dan tanpa syarat semua tebusan yang ditahan oleh Hamas dan kumpulan pejuang lain’ serta menuntut semua sekatan ke atas kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dihapuskan.

Veto itu ‘menandakan noda baharu dalam catatan sejarah etika Amerika Syarikat,’  kata kumpulan 14 negara itu dalam satu kenyataan, menuduh Washington ‘menghalalkan penghapusan kaum, menyokong pencerobohan dan mewajarkan kebuluran, kemusnahan, serta pembunuhan beramai-ramai’.

Dalam perkembangan sama Duta China ke PBB Fu Cong berkata: “Keputusan  undian hari ini (semalam) sekali lagi mendedahkan bahawa punca utama ketidakupayaan Majlis Keselamatan menamatkan  konflik di Gaza adalah halangan berulang kali oleh AS.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI