fbpx

121 sekolah padat di tujuh negeri akan terima bilik darjah tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA- Sebanyak 121 buah sekolah padat di tujuh negeri telah dikenal pasti Kementerian Pendidikan (KPM) selain akan dibina bilik darjah tambahan baharu untuk aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

KPM dalam kenyataan berkata, pada masa sama, pihaknya juga akan menyediakan kemudahan infrastruktur serta kelengkapan seperti peralatan pengajaran dan perabot kepada sekolah terlibat.

Katanya, kos keseluruhan projek adalah berjumlah RM88 juta.

“Pecahan sekolah terlibat mengikut negeri adalah di Selangor (103), Perak (8), Pahang (4), Negeri Sembilan (3), Terengganu (1),
Kuala Lumpur (1) dan Pulau Pinang (1).

“Projek akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia,” katanya hari ini.

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek Naik Taraf Sekolah Berkepadatan Tinggi telah disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan.

KPM berkata, pihaknya sentiasa berusaha menangani isu sekolah padat di seluruh negara dan menyediakan akses pendidikan
yang kondusif untuk semua murid, guru dan warga sekolah.

“Ini termasuk menerusi pembinaan bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS) dan kemudahan-kemudahan
lain sebagai penyelesaian jangka pendek dan efektif di sekolah berkepadatan tinggi.

“Kaedah IBS dan lukisan Pre Approved Plan (PAP) dapat memastikan tempoh pembinaan yang singkat dan siap pada tahun semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI