fbpx

[VIDEO] ‘Nak cut gula, gula ikut naik Berekeh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan air balang disediakan kepada pendaki yang berjaya sampai ke puncak Bukit Berekeh, Kuala Kangsar.

PETALING JAYA – Sekumpulan anak muda mencuri perhatian netizen apabila menyediakan ganjaran minuman percuma seperti teh hijau, teh ais dan jagung di puncak Bukit Berekeh, Kuala Kangsar, sebagai penghargaan kepada para pendaki yang berjaya menawan puncak tersebut.

Perkongsian oleh @TeamJDA di media sosial memaparkan balang-balang minuman yang disediakan khas, mendapat pujian ramai atas inisiatif kreatif itu.

“Betulkah dekat atas peak (puncak) ada teh ais? Ya, kami buat dia sebagai ganjaran,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Rata-rata orang ramai menerusi ruangan komen kagum dengan usaha sekumpulan rakan itu memastikan ais tidak cair sehingga sampai ke destinasi.

“Sekarang ini siapa yang sanggup gendong ais naik sampai atas puncak itu,” kata @Wifemizie.

“Yang peliknya macam mana abang dapat ais banyak itu bawa naik sampai atas,” balas @Rd.man.

“Macam mana depa (mereka) angkut ais sampai atas, tak cair ke? tapi meriah gila,” ujar @Amirah.

Dalam pada itu, ramai yang berseloroh terpaksa membatalkan niat berhenti ambil gula disebabkan penyediaan air yang menyelarakan ketika mendaki itu.

“Baru nak cut sugar (berhenti ambil gula), sugar (gula) pula ikut hiking (mendaki) sekali,” tambah @Usmhzkfle.

“Mahu cut (berhenti) gula Tahu-tahu gula ikut naik sampai atas puncak,” komen @Nara. -KOSMO! ONLINE

@teamjdaBetul ke kat atas peak ade teh ais , yaa kami buat dia 😆reward untuk lineup yuhuuuu lets join our JDAfamily

♬ Generasiku – AMP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI