fbpx

Penerbangan terus Hainan Airlines ke Haikou tingkat hubungan KLIA, China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Hainan Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi penerbangan terus dari Haikou.

SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkatkan rangkaian sambungannya ke China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu menerusi penerbangan Hainan Airlines antara Kuala Lumpur dan Haikou.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Izani Ghani berkata, laluan ini merupakan langkah penting dalam strategi MAHB mengukuhkan hubungan dengan bandar-bandar utama di China.

Katanya, inisiatif ini juga sebahagian daripada usaha untuk menyokong perdagangan, pelancongan dan pembangunan ekonomi.

“Pengembangan laluan ini mencerminkan komitmen kami dalam memperkukuh peranan KLIA sebagai hab melalui peningkatan aksesibiliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laluan baharu ini bukan sahaja menyediakan akses mudah dan pantas kepada rakyat Malaysia ke Haikou, malah membuka sambungan lancar ke lebih 50 bandar di seluruh China.

Katanya, ia turut membuka peluang ke beberapa destinasi antarabangsa lain seperti London, Bangkok, Tokyo dan Hong Kong.

“Haikou kini juga berperanan sebagai pintu masuk strategik untuk penerbangan dari China ke Timur Tengah dengan sambungan mudah ke destinasi seperti Dubai dan Jeddah.

“Ia sekali gus menjadikannya titik transit yang ideal bagi pengembara ke rantau tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI