TEL AVIV – Lebih 10,000 askar Israel terbunuh atau cedera sejak permulaan perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth pendedahan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan tentera semalam.
“Lebih 10,000 askar telah terbunuh atau cedera dan beberapa ribu lagi memasuki kitaran gangguan tekanan selepas mengalami trauma,” kata pegawai yang tidak dinamakan itu.
Pegawai itu tidak memberikan butiran khusus atau pecahan angka tersebut.
Menurut angka rasmi tentera Israel, sekurang-kurangnya 861 askar terbunuh dan 5,921 lagi cedera dalam perang Gaza yang bermula sejak Oktober 2023.
Menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, Israel telah meneruskan serangan yang dahsyat di Gaza sejak Oktober 2023.
Dalam perang itu, seramai 54,500 rakyat Palestin terkorban, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak.
Agensi-agensi bantuan memberi amaran tentang risiko kebuluran dalam kalangan lebih 2 juta penduduk di wilayah itu. – AGENSI