fbpx

Cubaan seludup 66 ekor babi ke selatan gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori membawa muatan 66 ekor babi hidup ditahan dalam Operasi Pra MAREA di Lebuh Raya WCE dekat Sitiawan hari ini.

IPOH – Taktik menyeludup 66 ekor babi menggunakan lori bertutup kanvas bagi mengelak dihidu pihak berkuasa gagal apabila dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) awal pagi tadi.

Dalam Operasi Pra MAREA di sekitar kawasan Plaza Tol Lekir, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Sitiawan pada pukul 3.20 pagi itu turut membawa kepada tangkapan seorang pemandu lori berusia 46 tahun.

Pengarah JPV Perak, Dr. Saifullizam Abd. Kadir berkata, lori tersebut ditahan di Kilometer 195.5, Lebuh Raya WCE selepas diekori sejauh lebih 10 kilometer (KM) dari Plaza Tol Lekir.

Katanya, pemeriksaan anggota penguat kuasa bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mendapati lori itu membawa babi hidup tanpa kebenaran JPV.

“Siasatan awal mendapati lori dari Pulau Pinang itu dipercayai dalam perjalanan ke selatan. Kita telah merampas semua babi itu bersama lori dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM170,000.

“Pemandu lori itu turut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI