fbpx

[VIDEO] Tun Siti Hasmah dapat bunga, lawatan bersama suami ke Tokyo disambut meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir (tengah) bergambar bersama isteri dan Sakamoto di Tokyo, Jepun. - Foto FACEBOOK Dr. Mahathir

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan lawatan separuh hari ke Itabashi iaitu salah satu daripada 23 bandaran (ward) yang membentuk Kota Raya Tokyo, Jepun semalam.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook, Dr. Mahathir, lawatan bersejarah itu diadakan atas jemputan rasmi Datuk Bandar Itabashi, Takeshi Sakamoto dan turut disertai oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Dalam pada itu, turut dimuat naik video memaparkan Dr. Siti Hasmah menerima sejambak bunga selain ketibaan rombongan di ibu pejabat Datuk Bandar Itabashi disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 300 petugas tempatan.

Kenyataan itu juga memaklumkan, dalam sesi tersebut, Dr. Mahathir telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Sakamoto serta beberapa pegawai kanan bandaran bagi membincangkan hubungan dua hala serta kerjasama dalam bidang pembangunan bandar serta teknologi lestari.

“Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah dan delegasi juga turut dibawa melawat Taman Botani Itabashi. Dibuka pada tahun 1994, taman ini menempatkan pelbagai spesis pokok dari hutan hujan tropika termasuk palma dan juga orkid. Bangunan tiga tingkat berkenaan juga menempatkan kira-kira 150 spesis ikan dari Asia tenggara.

“Selesai di taman tersebut, Dr. Mahathir meneruskan lawatan ke Itabashi Medical System Hospital untuk melihat sistem maklumat serta teknologi terbaru dalam pengendalian pengurusan dan perubatan hospital,” jelas kanyataan itu.

Kenyataan itu turut menambah, Dr. Mahathir dan isteri diberi peluang untuk menyaksikan secara langsung sesi pembedahan untuk membuang sel kanser menggunakan robot (robotic operation) pesakit kanser prostat.

“Dr. Mahathir akan akhiri lawatan ke Jepun hari ini,” kata kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI