fbpx

Suami cekik isteri kedua sebab kerap berkunjung rumah madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan- Agensi

JAKARTA – Seorang lelaki di Tangerang, wilayah Banten diberkas kerana mencekik isteri keduanya hingga mati gara-gara berang dengan sikap mangsa yang sering datang ke rumah isteri pertama, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Ketua Polis Metro Tangerang Kota, Komisioner Kanan Zain Dwi Nugroho berkata, suspek dikenali sebagai A, 50, kesal dengan sikap mangsa yang sering membuatkan dia dan isteri pertamanya bertengkar.

“Dia berasa marah kerana mangsa sering datang ke rumah isteri pertama dan tempat kerja, hingga membuatkan dia dan isteri pertamanya sering bertengkar.

“Suspek sudah ditahan dan mengakui perbuatannya mencekik mangsa sehingga meninggal dunia,” kata Zain.

Tambahnya, mangsa disedari sudah tidak bernyawa selepas dibunuh Khamis lalu apabila seorang individu pergi ke rumahnya untuk meminta hutang.

 “Disebabkan tiada orang menyahut salam di rumah, penduduk cuba masuk ke dalam rumah.

“Mangsa ditemukan sudah tidak bernyawa di dalam rumahnya dalam keadaan separuh bogel,” kata Zain.

Suspek didakwa kerana membunuh dan memukul mangsa serta berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI