PETALING JAYA – Public Bank melalui anak syarikatnya, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih daripada RM20 juta untuk tiga dananya iaitu Public Dana Bon Terpilih, Public Dana Dividen Terpilih dan juga PB Dana Dividen ASEAN.
Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025 itu adalah 3.75 sen seunit untuk Public Dana Bon Terpilih, 20 sen seunit untuk Public Dana Dividen Terpilih dan agihan kasar bagi PB Dana Dividen ASEAN sebanyak 10 sen seunit.
Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 180 dana.
Syarikat yang memiliki 31 cawangan dan pusat khidmat di seluruh negara itu juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan dan menguruskan sembilan dana PRS. -KOSMO! ONLINE