fbpx

[VIDEO] Penjual di Kelantan ‘speaking’ dengan pelancong asing dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perbualan makcik tersebut dengan seorang pelancong di Kota Bharu naru-baru ini.

PETALING JAYA – Gelagat seorang makcik Melayu di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan yang menyapa seorang pelancong asing dalam bahasa Inggeris mencuit hati warganet selepas tular di TikTok.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @ivanhikestheworld dikenali sebagai Ivan sedang ‘menjelajah’ pasar tersebut untuk mencuba makanan traditional yang terdapat di Kelantan.

“Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Saya sedang mencuba laksam @Cek Yoh Laksa dan pelbagai pencuci mulut tradisional yang lain! Terima kasih kepada semua atas cadangan yang hebat!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut telah meraih lebih 80,000 tontonan daripada pengguna TikTok yang memuji kecomelan dan usaha wanita itu dalam berkomunikasi dengan pelancong asing.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna kagum dengan penjual wanita tersebut kerana fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dengan pelancong asing.

“Hebat ore kelate, mokcik jual laksam pun ‘speaking’. Kemah set kito,” kata @nq1b_nrl25

“Wow, kakak itu penerjemah yang bagus untuk awak. Dia fasih,” komen @Che_ida_suprise_budget.

“Penjelasan daripada penjual cukup bagus hingga memudahkan awak untuk faham. Memang hebat,” ujar @seven7ynin9. – KOSMO! ONLINE.

@ivanhikestheworld Part 2 at Siti Khadijah Market in Kota Bharu Kelantan Malaysia. I’m trying laksam @cek Yoh laksa and more traditional desserts! Thanks everyone for the great recommendations! #laksa #laksam #bestfoodmalaysia #kotabharukelantan #kotabharu #malaysia #sitikhadijahhalim #outdoormarket #asianmarket #tryingfood #traveling #travelvlog #kelataneseculture #canadatravels #kelantan #kelantanfoodie #gettoknowme #nasikerabu #budu ♬ original sound – ivanhikestheworld

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI