fbpx

Pengantin terima mas kahwin hampir RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan menerima mas kahwin yang tinggi daripada pengantin lelaki. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial apabila menerima mas kahwin berupa barang perhiasan bernilai 2.3 bilion rupiah (RM599,122), lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok, pasangan pengantin tersebut dilihat sedang menjalani acara akad nikah.

Wali pengantin perempuan kemudian didengari menyebut nilai mas kahwin yang membuatkan ramai netizen terkejut.

“Saya nikahkan anda dengan anak perempuan saya bernama Helena Nurul Suci dengan mas kahwin satu set perhiasan dan jam tangan emas bernilai 2.3 bilion rupiah,” kata bapa pengantin perempuan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Alhamdulillah. Semoga anak saya juga begini nanti,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI