fbpx

Pekerja pembersihan maut ketika mahu ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan wanita yang tersepit di dalam kereta Proton Wira akibat kemalangan di Jalan Parit Panjang, Baling hari ini.

BALING – Seorang pekerja kebersihan maut selepas kereta yang dia pandu terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di Padang Tembak, Jalan Parit Panjang, di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan wanita berusia 43 tahun maut di lokasi kejadian manakala penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.55 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati masih berada di dalam kereta Proton Wira dalam keadaan tersepit pada bahagian kepala.

“Anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Baling dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sementara mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI