MEKAH – Sekumpulan jemaah haji Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana dirakam memasak pelbagai hidangan di bilik sebuah hotel di kota suci Mekah, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ukilkentroenk menunjukkan jemaah wanita itu memasak menggunakan dapur elektrik.
Antara hidangan yang disediakan termasuk nasi, sup, sambal belacan dan ikan masin yang digoreng.
Bahkan, jemaah itu juga membawa periuk nasi dan lesung batu untuk menumbuk ramuan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 493,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Dia (wanita berkenaan) sampai bawak ikan masin,” kata seorang netizen.
“Macam mana peralatan itu boleh lepas?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI