fbpx

Bekalan ternakan sempena Aidiladha cukup, penuhi permintaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Bekalan ternakan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut pada Sabtu ini dijangkakan mencukupi dan dapat memenuhi permintaan di seluruh negara.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, mengikut statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sehingga Mac lalu ialah 35,581 ekor.

Katanya, bekalan lembu dan kerbau yang diimport sehingga Mac pula ialah sebanyak 3,223 ekor.

“Jumlah keseluruhan bekalan untuk lembu dan kerbau bagi tujuan korban adalah 38,804 ekor.

“Bagi kambing dan bebiri pula, stok bekalan tempatan sehingga Mac adalah 26,845 ekor, manakala bekalan kambing dan bebiri yang diimport sehingga Mac lalu ialah sebanyak 3,322 ekor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah keseluruhan bekalan untuk kambing dan bebiri bagi tujuan korban ialah 30,167 ekor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI