PETALING JAYA – Tindakan individu tidak dikenali menconteng di dalam MRT mengundang kemarahan pengguna media sosial lebih-lebih lagi kemudahan pengangkutan awam itu adalah untuk kegunaan orang ramai.
Menerusi gambar dimuat naik seorang pengguna Thread Khairil Shah menunjukkan satu MRT yang diconteng di dalamnya menggunakan ‘marker pen’ berwarna merah.
“Mentaliti kolot, masih ada lagi manusia moral rendah buat kerja vandalisme dalam MRT. MRT Malaysia dah cukup baik bagi fasaliti cantik putih bersih.
“Otak kau masih kolot letak bawah lutut main conteng-conteng,” katanya pada hantaran itu hari ini.
Lelaki itu memaklumkan, contengan tersebut adalah di dalam MRT bagi laluan Kajang menuju ke Kwasa Damansara.
“Nombor badan tren tak nmpak. Manusia ramai sangat pagi-pagi ni,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai turut marah dengan ‘peninggalan’ contengan tersebut.
“Ada juga ya mentaliti macam ni lagi,” ujar seorang pengguna Thread.
“Wow ni teruk,” kata seorang individu. – KOSMO! ONLINE