fbpx

80 jemaah haji terkandas di KLIA, gagal berlepas ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kira-kira 80 jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci hari ini terpaksa membatalkan niat murni itu apabila mereka dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, kumpulan jemaah itu ditahan pasukan ‘task force’ ekoran menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Penasihat undang-undang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya, jemaah terkandas itu dijanjikan visa mujamalah, namun gagal mendapatkannya sebelum diberikan visa pelancong.

“Kami dimaklumkan oleh jemaah terkandas, mereka dijanjikan visa mujamalah untuk ke Tanah Suci, tetapi disebabkan masalah teknikal pada sistem Nusuk, visa itu tidak dapat dikeluarkan.

“Bagaimanapun, pihak agensi pelancongan yang terlibat tetap memilih untuk menerbangkan jemaah menggunakan visa pelancong,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Menurutnya, tindakan agensi pelancongan itu menggunakan visa pelancong ke Tanah Suci menyebabkan kumpulan jemaah terbabit ditahan pasukan petugas khas di KLIA.

“Difahamkan, seramai 80 jemaah dan dua wakil syarikat telah ditahan.

“Berdasarkan maklumat awal juga, wakil syarikat turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI