fbpx

Tiada jemaah haji akan tertinggal ketika Masyair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NA’IM (dua dari kanan) ketika berucap di hadapan jemaah di Abraj Al Tayseer, Mekah hari ini.

MEKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) akan memastikan tiada jemaah haji Malaysia akan tertinggal untuk berwukuf di Arafah pada Khamis ini berikutan arahan ‘lockdown’ yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi semalam.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, semasa Simposium Perdana Haji di Jeddah semalam, menteri terlibat bahagian pengangkutan memberi jaminan akan menyediakan pengangkutan mencukupi.

Beliau berkata, secara asasnya langkah tersebut bagi memastikan keselamatan jemaah-jemaah haji dunia dengan tidak membenarkan sesiapa pun berjalan kaki dari Mekah ke Arafah.

“Saya ingat bila mana dasar yang diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi iaitu tiada haji tanpa visa sah, daripada itu saya ingat jutaan mereka yang cuba masuk ke Tanah Suci itu telah dapat dihalang.

“Maknanya jumlah jemaah haji yang berada di Tanah Suci ini hanya ada mereka yang ada permit sah dan jumlah dia tidak seperti tahun lalu, (jumlah) dalam kawalan.

“Kita harapkan dengan jumlah yang telah diatur oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu mencukupi dengan jumlah pengangkutan disediakan. Di pihak TH memang pengangkutan telah sedia ada, tiada masalah kita akan pastikan tiada jemaah-jemaah haji Malaysia yang akan tertinggal di belakang,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra bersama Jemaah Haji di Bangunan Penginapan dan Perasmian Program Kebersihan Masyair 1446H/2025M di Abraj Al Tayseer di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, perkara tersebut adalah komitmen yang diberikan Kerajaan Arab Saudi bagaimana pun tiada jumlah kenderaan secara spesifik yang dinyatakan pihak berkuasa tempatan.

Semalam Kosmo! melaporkan, Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan agar jemaah-jemaah haji tidak berjalan kaki dari Mekah ke Arafah selain arahan ‘lockdown’ di khemah-khemah jemaah ketika Masyair bagi mengelakkan risiko strok haba.

Mohd. Na’im dipetik berkata, jemaah haji tidak dibenarkan untuk keluar khususnya ketika Masyair di Arafah dari pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang.

Dalam pada itu, ujar beliau, jemaah-jemaah haji juga dilarang untuk pergi ke Masjid Namirah dan Jabal Rahmah (di Arafah) selain tidak dibenarkan berjalan kaki dari Mekah ke Arafah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI