fbpx

Dua beradik lemas mandi laut ketika balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APMM membawa mayat dua beradik yang lemas di pantai Pulau Mentigi, Mersing hari ini.

MERSING – Dua beradik ditemui lemas ketika mandi-manda di pantai Pulau Mentigi di sini hari ini.

Difahamkan kedua-dua beradik itu datang ke pulau berkenaan yang merupakan kampung halaman mereka untuk meluangkan masa sempena cuti sekolah.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing menerima maklumat daripada Malaysia Rescue Sub Centre (MRSC) Johor berhubung kejadian itu pukul 4.25 petang tadi.

Katanya, susulan itu operasi mencari dan menyelamat diaktifkan dengan Bot Perkasa 44 digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

“Menurut maklumat yang diterima, mangsa pertama, Nur Awatif Udaima Mohd. Hisam berumur 15 tahun telah dijumpai lebih kurang 19.17 batu nautika dari Kuala Mersing ke Pulau Mentigi.

“Mangsa ditemui di lokasi mangsa lemas dan telah diselamatkan oleh komuniti berdekatan tempat kejadian pada pukul 4.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kemudian Bot Perkasa 44 dan komuniti pulau telah meluaskan sektor pencarian untuk mencari dan menyelamat mangsa kedua yang masih hilang.

Menurutnya, pada lokasi sama mangsa kedua, Ahmad Uwais Al Qarni, 13, dijumpai hasil pencarian menyelam oleh komuniti pulau pada pukul 6.30 petang. Kedua-dua mangsa lemas dibawa ke Jeti Pulau Tinggi.

Tambahnya, mangsa diserahkan ke Pasukan Polis Marin untuk dibawa balik ke Jeti Shahbandar Mersing sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk urusan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI