fbpx

[VIDEO] Amad Diallo mohon maaf, tunjuk jari tengah bersebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Amad Diallo menunjukkan isyarat jari tengah ke arah penyokong di Malaysia.

PETALING JAYA – Pemain bola sepak kelab Manchester United, Amad Diallo tampil memberi penjelasan selepas tindakannya menunjukkan isyarat jari tengah kepada penyokong Malaysia, Jumaat lalu.

Menerusi satu hantaran di laman media sosialnya, pemain kelahiran Ivory Coast itu menegaskan bahawa tindakannya bukan berniat untuk menyakiti mana-mana pihak.

“Sekali lagi, niat saya bukan untuk menyakiti orang, saya memberi respons kepada individu yang tidak bermoral.

“Saya meminta maaf kepada mereka yang merasa terjejas dan terasa hati). Pengalaman di Malaysia adalah luar biasa bagi kami (pemain Manchester United),” katanya dalam kenyataan itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata peminat tempatan bersikap terbuka dengan memaafkan tindakannya, walaupun segelintir masih meluahkan rasa kecewa terhadap kelakuan tidak wajar itu.

“Jarang orang Malaysia ejek nama mak, biasa ejek nama bapak dengan atok je,” komen @Fadharis.

“Saya orang Malaysia, saya sokong awak bro. Tak perlu minta maaf,” kata @Arif Masarai.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pemain bola sepak kelab Manchester United, Amad Diallo menerima kecaman orang ramai kerana menunjukkan isyarat jari tengah kepada penyokong Malaysia selepas skuad The Red Devils tewas 0-1 menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI