fbpx

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik berpeluang meraih gelaran ketiga mereka musim ini selepas mara ke final Terbuka Singapura. - ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan aksi konsisten apabila melangkah ke final keempat berturut-turut musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi, anak buah Herry Iman Pierngadi itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India 19-21, 21-10, 21-18.

Walaupun sebelum ini pernah mengakui mereka penat kerana terpaksa beraksi secara berturut-turut, namun pilihan ketiga kejohanan itu tetap mempamerkan permainan luar biasa bagi membenam bekas beregu No.1 dunia itu.

Wooi Yik mengakui mereka berdepan perlawanan cukup sukar kerana mengambil kira pengalaman dimiliki kedua-dua pemain lawan, sekali gus memerlukan dia dan Aaron kekal fokus hingga ke mata terakhir.

“Hari ini memang satu perlawanan yang berkualiti tinggi dan sangat sukar kerana mereka adalah beregu berpengalaman. Setiap mata hari ini memang sangat penting untuk kami dan tidak boleh terlalu santai.

“Walaupun sudah mendahului satu atau dua mata, namun kami perlu fokus kerana mereka ada banyak strategi. Selain itu, pukulan-pukulan mereka juga sangat kritikal,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menjelang perlawanan akhir nanti, mereka dijadualkan menentang gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang menewaskan pilihan utama dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16.

“Lawan Korea nanti, kami hanya mahu melakukan yang terbaik dan kekal dengan langkah demi langkah. Kami akan berehat sebaiknya kerana tahu ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar,” ujar Aaron. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI