fbpx

Seludup kambing guna van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anun (kanan) memeriksa sebahagian 28 kambing yang cuba diseludup masuk menggunakan van di pejabat JPV Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Taktik sindiket penyeludup cuba membawa masuk 28 ekor kambing secara haram menggunakan van berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Kampung Teris, Hulu Terengganu dekat sini semalam.

Van jenis Toyota Hiace mencurigakan itu berjaya ditahan sepasukan penguat kuasa JPV Terengganu pada pukul 10 pagi.

Pengarah JPV Terengganu, Dr. Anun Man berkata, pihaknya percaya penggunaan van bagi menyeludup kambing itu menjadi modus operandi baharu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Van mencurigakan terbabit telah diekori pasukan penguat kuasa JPV dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan.

“Kenderaan itu diekori sehingga berjaya ditahan tepi jalan di Kampung Teris, Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Anun berkata, dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang disyaki anggota sindiket penyeludupan terbabit turut berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, nilai rampasan keseluruhan 28 ekor kambing dan van terbabit dianggarkan RM86,000.

“Kita percaya kambing terbabit diseludup masuk memandangkan haiwan ternakan itu mendapat permintaan tinggi sebagai ibadah korban pada sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

“Tambah membimbangkan sebahagian 28 ekor kambing itu mempunyai simptom batuk, selesema, dan mulut berbuih yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI