fbpx

Kenderaan askar Israel langgar bas bawa jemaah haji Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN tentera Israel sengaja melanggar bas jemaah haji Palestin di Tebing Barat. - Foto WAFA

RAMALLAH, TEBING BARAT – Sebuah bas mini yang membawa sejumlah jemaah haji di bandar Jenin, Tebing Barat dirosakkan oleh tentera Israel, lapor agensi berita Anadolu kelmarin.

Sebuah kenderaan tentera merempuh bas itu di hadapan sebuah bangunan ketika ia sedang bersedia untuk berlepas. Ia dalam perjalanan ke persimpangan sempadan Karama di antara Tebing Barat dan Jordan.

Penumpang dengan kebanyakannya warga emas, ialah warga Palestin yang dalam perjalanan ke Arab Saudi melalui Jordan untuk menunaikan haji.

Menurut agensi berita rasmi Palestin, WAFA, kenderaan tentera Israel melanggar bas tersebut dengan sengaja walaupun tiada kecederaan dilaporkan.

Timbalan Gabenor Jenin, Mansour al-Saadi mengecam perbuatan itu.

“Kenderaan penjajah dengan sengaja melanggar bas (jemaah haji) semasa ia diletakkan di luar bangunan pentadbiran wilayah. 

“Kebanyakan penumpang ialah warga emas dan menderita penyakit kronik yang menambahkan lagi trauma dan ketakutan,” katanya. 

Rakyat Palestin dari Tebing Barat secara rutin menggunakan lapangan terbang Jordan untuk perjalanan antarabangsa kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI