JAKARTA – Sekumpulan pelancong Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana merakam diri mereka berjoget di hadapan sebuah kuil di Thailand, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian berlaku di Wat Diraja Paknam Phasi Charoen, Bangkok, baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @RedSkullxxx menunjukkan wanita-wanita bertudung itu menari sambil disaksikan oleh orang ramai.
“Pelancong itu berasal dari Indonesia,” demikian menurut keterangan video.
Rakaman itu mencatatkan lebih 996,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan rakyat Thailand.
“Ini bukan tempat yang sesuai untuk menari!” kata seorang netizen.
“Boleh kah berjoget dalam masjid?” kata pengguna media sosial Thai yang lain. – AGENSI