fbpx

Ainol Azmil Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainol

PETALING JAYA – Proton semalam mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, yang akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkuat kuasa 10 Jun 2025.

Pada masa yang sama, beliau akan terus menjalankan portfolio sedia ada dalam Strategi Korporat dan Perolehan Teknikal Kumpulan.

Ainol mengambil alih peranan Roslan Abdullah, yang akan meninggalkan jawatannya selepas berkhidmat selama lima tahun sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, di mana beliau telah membantu Proton mengukuhkan kedudukan di Malaysia serta memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV) menerusi Proton e.MAS 7.

“Proton mengalu-alukan Ainol Azmil sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif. Kami yakin dengan kemampuannya untuk mengambil alih jawatan sementara ini.

“Pada masa yang sama, Proton ingin menyampaikan penghargaan tertinggi kepada Roslan Abdullah atas sumbangannya kepada syarikat dan mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha-usahanya yang akan datang,” kata Chunrong dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI