fbpx

[VIDEO] Main takraw pun tak selamat, empat cedera ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki menembak secara membuta tuli ke arah beberapa pemain sepak takraw sebelum mereka melarikan diri.

PETALING JAYA — Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang sehingga mencederakan dua guru dan dua sukarelawan dalam kejadian di Tak Bai, Narathiwat, Selatan Thailand.

Menurut laporan Bangkok Post, insiden mengejutkan itu berlaku pada pukul 2.20 petang ketika satu perlawanan sepak takraw berlangsung di padang Ibu Pejabat Subdaerah Kohsathon sempena acara sukan antidadah.

Mangsa dikenali sebagai Mussalim Dosa, 37, dan Hamdanuddeen Salae, 34, masing-masing sukarelawan mengalami kecederaan di lengan dan telinga kanan.

Dua lagi mangsa ialah guru, Sainuddin Jehbueraheng, 34, dari Sekolah Furqan cedera di tangan, manakala Muhammad Sukreeha, 37, dari Sekolah Ban Kohsathon parah terkena tembakan di dada.

Menurut saksi, enam lelaki bersenjata yang menaiki tiga buah motosikal dan memakai topi melepaskan tembakan ke kawasan padang sebelum melarikan diri, menyebabkan suasana kecoh.

Insiden berkenaan turut mengejutkan orang ramai selain ada yang bersimpati terhadap mangsa yang cedera.

“Empat kali tembak baru perasan, betul-betul fokus timbang bola tu,” kata @Nurhazwanhanifling.

“Itulah pasal, dia ingat bunyi mercun kot padahal penembak dah ada depan dia,” kata @Wah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI