fbpx
Tangkap layar menunjukkan remaja itu sedang disoal siasat oleh polis. - TikTok

SU tampar muka ibu sampai bengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang remaja lelaki di Indonesia mengundang kecaman orang ramai kerana menampar ibunya sehingga bengkak hanya kerana berang dinasihati, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Kember, wilayah Jawa Timur pada 17 Mei lalu. 

Rakaman kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan remaja itu sedang disoal siasat oleh pegawai polis dan penduduk kampung. 

Ibu bapa remaja terbabit hanya mendiamkan diri ketika melihat anaknya memberontak dan menjawab setiap soalan dalam keadaan marah. 

Ketua Polis Kencong, Inspektor Siswanto berkata, suspek dikenali sebagai SU, 18, menampar ibunya secara tidak sengaja. 

“Situasi itu terjadi ketika ibunya sedang menasihati SU. Dia kemudian emosi dan bertindak menampar ibunya,” tambah Siswanto. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI