fbpx

Rakyat digesa boikot haiwan korban sumbangan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sejumlah biri-biri untuk dijual di Dakar. - Foto AFP

DAKAR – Setiap tahun menjelang Hari Raya Aidiladha di Senegal, Kedutaan Israel di Dakar akan menyumbang sejumlah biri-biri kepada keluarga berpendapatan rendah untuk dijadikan haiwan korban, lapor portal berita The New Arab semalam.

Bagaimanapun, pada tahun ini, kumpulan-kumpulan pro-Palestin menggesa penduduk Senegal membantah sumbangan itu.

“Ini bukan amal. Ini adalah untuk mencetuskan penerimaan rakyat sedangkan ia (Israel) terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai”  kata aktivis tempatan, Saliou Bocoum yang mengeluarkan gesaan boikot awam itu.

“Kami bukan menolak sumbangan biri-biri Israel tahun ini sahaja,” tambahnya. 

Kata Saliou, pihaknya turut menolak semua inisiatif kebajikan yang disumbangkan oleh kedutaan Israel  seperti pemberian kurma Ramadan, latihan belia dan hadiah kepada imam. 

“Ini adalah aksi perhubungan awam yang boleh dianggap cuba mengeksploitasi kemiskinan kami,” tambahnya dalam wawancara bersama The New Arab.

Sejak 2006, kedutaan Israel di Dakar secara senyap-senyap mengagihkan biri-biri korban kepada keluarga miskin  menjelang Hari Raya Aidiladha. 

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada program penglibatan dengan rakyat tempatan yang lebih meluas,  disifatkan Israel sebagai kerjasama pembangunan dengan Senegal.

Bagaimanapun, aktivis-aktivis tempatan percaya bahawa melalui derma, kedutaan itu cuba menampilkan Israel sebagai dermawan.

Sejak Oktober 2023, Israel membunuh lebih 54,000 orang di Gaza dan meletakkan 2 juta penduduk di kawasan itu berisiko tinggi untuk berdepan dengan kebuluran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI