fbpx

Pesta Kaamatan bukti perpaduan rakyat- PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir dalam sambutan Pesta Kaamatan di Sabah pagi tadi.

PETALING JAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, tema “Kaamatan Montok Toinsanan!!” atau Kaamatan Untuk Semua sempena Pesta Kaamatan yang memasuki tahun ke-65, adalah cerminan ketahanan, kekayaan serta warisan budaya masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Jelas Perdana Menteri, ia menggambarkan semangat perpaduan yang tinggi dan hubungan erat antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk.

“Namun begitu, tidak semua benar-benar memahami dan menghayati konsep perpaduan serta keharmonian kaum yang seharusnya menjadi tunjang utama dalam menjalin hubungan antara manusia, tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan.

“Saya memberikan contoh bahawa elemen kebersamaan ini dapat dilihat melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, yang sentiasa mendengar serta mengambil berat akan nasib rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah Anwar, semoga segala keperluan rakyat terus diberi keutamaan untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Kaamatan Montok Toinsanan!!, Kaamatan Untuk Semua,” tulisnya.

Terdahulu, Anwar hadir merasmikan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kadazandusun (KDCA) Kota Kinabalu pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI