fbpx

Pekerja temui tengkorak seperti filem Mars Attacks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKORAK ganjil ditemui pekerja (kiri) mirip dengan makhluk Marikh dalam filem Mars Attacks. - Foto El Ancasti/Warner Br Everett/Shutterstock

BUENOS AIRES – Saintis-saintis keliru berhubung penemuan tengkorak misteri di Argentina, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Ahli-ahli arkeologi berkata, tengkorak yang ditemui oleh pekerja di San Fernando, wilayah Catamarca itu mempunyai struktur ketara berbeza daripada tengkorak manusia biasa. 

Tengkorak itu memanjang seperti menempatkan otak yang lebih besar dan lebih berkuasa daripada otak manusia. 

Namun, tengkorak itu juga mempunyai kecacatan pada ruang mata kanan.

Media tempatan menggambarkan tengkorak itu sebagai milik kumpulan manusia kuno yang baru ditemui.

Dalam satu kenyataan, pakar-park di Universiti Nasional Catamarca berkata: “Penemuan ini merupakan peluang untuk memperdalam hubungan kami dengan keturunan manusia.”

Namun, bentuk tengkorak itu juga mempunyai persamaan yang menakjubkan dengan makhluk asing yang dipamerkan dalam filem sains fiksyen klasik tahun 1990-an, Mars Attacks!. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI