fbpx

Menang trofi Eropah tetapi digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VICARIO

ROM – Penjaga gol Tottenham Hotspur, Guglielmo Vicario terpaksa digugurkan daripada skuad kebangsaan Itali menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan depan.

Vicario yang masih segar dengan kejayaan membantu Spurs menjuarai Liga Europa menewaskan Manchester United minggu lalu, dikatakan mengalami masalah kecederaan menyebabkannya digugurkan daripada kem pasukan.

Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) juga mengesahkan penjaga gol Atalanta, Marco Carnesecchi dipanggil pada saat akhir untuk menggantikan kekosongan ditinggalkan pemain berusia 28 tahun itu.

Ini adalah panggilan kebangsaan pertama buat Carnesecchi, 24, dalam tempoh lebih setahun sejak kali terakhir menjadi sebahagian skuad Itali untuk aksi persahabatan menentang Venezuela dan Ecuador pada Mac 2024.

Carnesecchi bakal menggalas peranan sebagai pilihan ketiga di belakang dua bintang berpengalaman, Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain) dan Alex Meret (Napoli) yang akan bersaing merebut status penjaga gol No. 1.

Donnarumma belum menyertai kem latihan Itali kerana masih mempunyai tugasan penting bersama PSG untuk aksi final Liga Juara-Juara Eropah menentang Inter Milan pada Ahad ini.

Meret pula cemerlang membantu Napoli menjuarai gelaran Serie A musim ini.

Sebagai rekod, Itali akan berkunjung ke Oslo menentang Norway di Stadium Ullevaal pada 7 Jun diikuti Moldova di Stadium Mapei, Reggio Emilia tiga hari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI